16.4.13

Hati ini
Hati ini yang tanggung
Segenap penjuru tak mampu ditahu yang lain
Hanya milik Esa aku mampu meminjam
Beri sakit ini padaMu ya Allah
Fullstop~


Mungkin ramai yang mengganggap gurauan sebagai platform untuk mereka mendominasi seseorang yang lain. Jadi kiranya serious mampu buat kita lebih menghormati, mengapa tidak dipilih ?

Faham ke ? :D


Tahu kenapa manusia mudah lupa ?
Sebab adanya peluang.
Bila kita tidak hargai maka kerosakan terjadi.
Maka salah siapa ?


Peluang itu masa untuk kendiri kita memahami.
Apa benar perbuatan itu salah. Lalu apa harus aku buat ?
Kalau begitulah kita berfikir, amanlah dunia.
:)


Saya kaget lihat manusia yang tidak mampu menerima teguran.
Lagi lagi bila merasai kesalahan bukan pada kita.
Ya.
Mungkin sukar untuk terima mulanya.
Tapi Allah kurnia kita akal untuk berfikir.
Bukan marah.


Saya juga manusia.
Saya juga marah bila manusia lain asyik untuk menegur saya.
Tapi bezanya satu.
Saya tetap berfikir walau ketika itu mata sudah bertemu 'dunia'.
Berfikirlah.
Bukan kerana benci orang menegur. Tapi cinta.
Kalau kita lakukan kesalahan, tapi tidak ditegur. Dan makin menjadi jadi. Apa alasannya ?
Tidak ditegur ?


Barangkali kita semua gila.
:)







No comments:

Post a Comment